Kenapa Ikan Hanyir?

0
247

Ramai yang suka makan ikan dan ramai juga tahu yang ikan berbau hanyir. Tapi kenapa? Berikut merupakan penjelasan daripada sudut kimia.

Ikan yang hidup dalam laut mengandungi osmolytes yang berfungsi mengekalkan kandungan air dalam sel ikan. Osmolytes mengandungi trimetilamina oksida (TMAO), (CH3)3N+Oyang secara asasnya tidak berbau.

Tetapi, apabila ikan dibawa keluar daripada laut dan mati, TMAO akan ditukarkan oleh bakteria kepada trimetilamina (CH3)3N yang berbau hanyir.

Semakin lama ikan berada diluar laut, semakin tinggi kandungan trimetilamina di dalam ikan tersebut.

Memandangkan trimetilamina bersifat alkali, bau hanyir ikan boleh dihilangkan dengan menggunakan bahan yang bersifat asid seperti jus lemon atau asam jawa.