Rasa mengantuk selepas makan?

0
109

SELEPAS hidangan yang berat kita pasti rasa mengantuk dan malas. Inilah sebabnya. Perasaan mengantuk wujud akibat daripada tindakbalas bahan kimia semasa proses penghadaman dalam badan. Badan kita memerlukan tenaga untuk berfungsi dan tenaga tersebut dihasilkan daripada makanan. Badan kita memecahkan makanan tersebut kepada nutrien. Selepas makan, badan akan menghasilkan hormon seperti amylin, glukagon dan koleocistokinin. Hormon- hormon ini akan berfungsi untuk meningkatkan tahap gula dalam darah, mewujudkan perasaan kenyang dan menghasilkan insulin yang membantu sel-sel menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.

Di samping itu, otak akan menghasilkan hormon seteronin dan melatonin yang menyebabkan perasaan mengantuk.  Faktor -faktor lain yang mempengaruhi perasaan mengantuk selepas makan ialah jenis makanan yang dimakan, corak tidur dan tahap kesihatan seseorang individu. Oleh itu, kita perlulah mengetahui makanan yang sesuai dimakan sebelum tidur dan mengurangkan pengambilan makanan tertentu ketika kita mahu melakukan sesuatu aktiviti secara aktif.