Siapakah orang pertama yang menemui virus Coxsackie?

0
2101

Tahukah anda, orang pertama yang menemui virus Coxsackie adalah Dr. Gilbert Dalldorf pada tahun 1948-1949. Beliau merupakan seorang saintis di Jabatan Kesihatan di Albany, New York State.

Lahir dan dibesarkan di Midwest, Gilbert Dalldorf berhijrah ke timur untuk menjalani latihan perubatan dan meluangkan sebahagian besar kerjaya profesionalnya di bandar New York.
Seorang lelaki yang baik, dia mempunyai standard yang tinggi dan menanamkan sifat itu dalam diri rakan-rakannya. Sifat kreativiti dalam dirinya terbukti dengan penemuannya yang terkenal iaitu virus Coxsackie.

Beliau menggunakan tikus yang baru lahir sebagai medium untuk proses pengasingan virus. Ketika menjalankan eksperimen ini, beliau menemui virus yang sering meniru poliomielitis ringan atau nonparalitik.

Dengan ilmu dan pengetahuannya dalam bidang patologi dan virologi membolehkannya mengklasifikasikan virus Coxsackie kepada jenis A dan B.

Coxsackie jenis A menyebabkan herpangina atau luka di tekak dan penyakit tangan, kaki, dan mulut, yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak.

Manakala Coxsackie jenis B menyebabkan demam musim panas yang jarang dan kekejangan otot perut dan dada (pleurodynia).

Beliau juga boleh memberikan definisi kepada patologi yang disebabkan oleh virus-virus semasa eksperimen dijalankan.

Dengan penemuan itu dan penyelidikan lain membuktikan bahawa banyak virus mengganggu satu sama lain semasa proses replikasi.

Bahan yang disebabkan oleh virus-virus ini, kini dikenali sebagai interferon, telah menjadi terkenal dalam kajian eksperimen dan kajian yang melibatkan rawatan pelbagai penyakit neoplastik dan penyakit berjangkit.

Hasil kerjanya terhadap sains virologi masih dirasakan walaupun telah satu dekad beliau meninggal dunia dan kemungkinan akan berterusan hingga ke abad dua puluh satu.

Sumber: laskerfoundation.org dan nap.edu