Seronokkan kalau dapat aiskrim pudina waktu musim-musim panas macam sekarang ni?
Tetapi apa yang menyebabkan pudina sejuk?
Bahan kimia utama bagi pudina adalah menthol. Ya, ia adalah sejenis bahan kimia yang
dikelaskan dalam kumpulan alkohol. Ia wujud secara semulajadi dalam spesis ‘mentha’
seperti minyak pepermin.
Bahan ini banyak digunakan dalam ubat gigi, ubat sapu dan juga kosmetik. Perlu diingatkan yang menthol hanya mencetuskan reseptor sensitif sejuk. Mesej ini dihantar ke otak dan otak pun kata ‘ Wah, sejuknya!’
Menthol tidak berbahaya selagi ianya digunakan dalam kadar yang dibenarkan.
Jom cari aiskrim pudina!
Online Subscription