Mengapakah keju dihidang selepas hidangan utama?

0
178

Adakah anda seorang peminat keju? Jika kita mengikuti cara barat mereka hanya akan menghidangkan keju selepas hidangan utama. Mengapakah keju dimakan selepas hidangan utama? Apakah kebaikannya? Keju mempunyai sifat alkali yang dapat meneutralkan asid yang terdapat di dalam kebanyakan makanan. Minuman seperti Pepsi and jus buah-buahan dan makanan seperti biskut dan kek mempunyai sifat asid. Oleh itu, amalan makan keju sebagai penutup hidangan berkesan menghalang hakisan asid di gigi.