Mengapakah kucing makan rumput?

0
396

Pernahkah anda melihat dan merenung apabila kucing makan rumput? Adakah anda berasa rumput berbahaya kepada kucing kerana kucing diklasifikasikan sebagai kelas karnivor? Jawapannya ialah tidak. Walaupun kucing muntah selepas makan rumput ini tidak bermaksud bahawa rumput berbahaya kepada kucing dan reaksi ini bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Hal ini demikian kerana, sehingga sekarang tiada bukti yang menunjukkan rumput membawa bahaya kepada kucing. Sebenarnya, ramai saintis menyatakan bahawa mengunyah rumput memberi banyak manfaat kepada kucing. Punca kemuntahan selepas makan rumput ialah kucing tidak mempunyai enzim untuk memecahkan molekul makanan sayuran seperti manusia. Apabila kucing memuntah rumput yang tidak dapat dicernakan semua sisa makanan yang tertinggal dalam saluran penghadaman kucing tersebut juga dapat dikeluarkan. Hal ini kerana, kucing makan bahagian yang tidak dapat dicernakan seperti tulang dan bulu.  Selain itu, manfaat makan rumput ialah jus rumput mempunyai asid folik. Asid folik merupakan sesuatu vitamin yang kucing amat memerlukan supaya kucing dapat menghasilkan hemoglobin untuk membawa oksigen. Akhir sekali, rumput juga memainkan peranan sebagai julap semulajadi yang boleh menghalang ketakcernaan. Oleh itu, tidak perlulah merisau apabila kucing muntah.