Adakah pokok tidur?

0
429

Kebanyakan organisma mengikuti corak siang dan malam untuk melakukan aktiviti mereka dan tidur. Bagaimanakah dengan pokok? Pokok tidur juga?  Di Austria terdapat sekumpulan saintis yang membuat kajian untuk menyiasat corak tidur tumbuhan dengan menggunakan titik laser pengimbas awan. Hasil kajian tersebut menunjukkan yang pokok tidur juga! Mereka telah menggunakan dua batang pokok birch perak yang matang untuk kajian ini. Di samping itu, pokok-pokok yang diggunakan untuk kajian ini telah dipilih dari lokasi yang berlainan iatu Finland dan Austria. Kedua-dua pokok ini diperhatikan dari petang sehingga pagi di bulan September kerana pada masa itu siang mempunyai dua belas jam dan malam mempunyai dua belas jam.  Hasil kajian menunjukkan pada waktu malam dahan dan daun kendur tetapi bergerak balik ke tempat asal beberapa jam sebelum matahari terbit. Pokok- pokok tersebut pendek sepuluh centimeter tanpa cahaya matahari. Perubahan dalam pergerakan dahan pokok juga dapat dikaitkan dengan keseimbangan air dalam sel individu pokok yang dipengaruhi oleh proses fotosintesis kerana fotosintesis hanya boleh berlaku dengan cahaya matahari. Walaubagaimanapun, untuk membuktikan kaitan ini kajian selanjutnya diperlukan.