Sejauh manakah penyakit HFMD berbahaya kepada manusia?

0
1664
Struktur 3D Enterovirus 71 PIX/ Department of Biological Sciences, Purdue University

Penyakit tangan kaki dan mulut atau HFMD berpunca daripada virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus jenis A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV71).

Penularan penyakit atau virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

Walaupun tiada vaksin khas untuk HFMD, namun demam dan sakit boleh dirawat dengan ubat seperti sirap paracetamol dari doktor. Ulser mulut pula boleh dirawat dengan gel merawat.

Kebiasaan jangkitan HFMD yang berpunca daripada virus Cox A16 selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.

Namun begitu, segelintir penyakit HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung yang boleh membawa maut dalam kalangan kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 55 391 kes jangkitan HFMD dilaporkan berlaku di Malaysia dari awal tahun ini sehingga 25 Ogos 2018. Manakala kes kematian yang melibatkan penyakit HFMD dan jangkitan EV71 dilaporkan di Malaysia pada tahun ini adalah sebanyak dua kes. Penyakit ini telah mengorbankan seorang bayi berumur 17 bulan di Pulau Pinang dan kanak-kanak berumur dua tahun di Sarawak.

KKM telah mengeluarkan amaran agar berwaspada dan menasihati ibu bapa dan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan agar wabak ini dapat dikurangkan.

free videos
sexy slut in glasses fucked by pawn dude. desivideos4k bored housewife stuffs her holes.
sex xnxx doing hot gal paris lincoln.